Sebab permit tidak diluluskan Perhimpunan_Bersih_2007

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berulang kali menegaskan agar orang ramai tidak ke Dataran Merdeka dengan berbaju kuning dengan lambang Bersih kerana perhimpunan ini tidak mendapat permit polis dan bermaksud perhimpunan ini haram untuk disertai. Larangan mengenai lambang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana ia adalah satu pertubuhan haram, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar. [1] Adalah tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Oleh itu, pihak polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.

Antara sebab-sebab yang diberi oleh pihak polis ialah:

  1. Jika sekadar menghantar memorandum, tidaklah perlu perhimpunan sampai 100,000 orang dan kempen hingga 2-3 bulan sebelum itu. Perhimpunan ini cuba meniru gaya perhimpunan para sami dan orang ramai di Myanmar yang berbaju merah. (Kuning juga merupakan warna konfeti yang dipergunakan oleh para penyokong Corazon Aquino untuk menggulingkan Presiden Ferdinand Marcos di Filipina pada tahun 1986 [2][3]). Begitu juga dengan perhimpunan lorya jirga di Afghanistan hingga mengorbankan berpuluh-puluh nyawa akibat letupan bom.
  2. Melalui pengalaman lalu di Malaysia, perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang akan berakhir dengan 'rusuhan' ala perkauman atau ala agama. Sedangkan Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang cukup sensitif dengan isu agama dan isu kaum.
  3. Perhimpunan di Dataran Merdeka bukanlah budaya di Malaysia. Malaysia tidak perlu mengimport budaya ini dari mana-mana negara kerana ia hanya akan menjejaskan keharmonian di Malaysia terutama sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

BERSIH berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi pihak polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah menyuarakan suara rakyat di sini. Selepas perhimpunan, mereka mendakwa bahawa tindakan Polis (dengan langsung Kerajaan Malaysia) ialah punca keganasan dan kesesakan lalu lintas, bukan para penunjuk perasaan. Polis Malaysia juga dikritik kerana bertindak dengan kekerasan berlebihan terhadap peserta perhimpunan aman.[perlu rujukan]

Rujukan

WikiPedia: Perhimpunan_Bersih_2007 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://desarapen.blogspot.com/2005/08/lasang-pinoy... http://www.jeffooi.com/2007/11/clean_up.php http://www.malaysiakini.com/news/74614 http://www.michaelbackman.com/M7.html http://www.youtube.com/watch?v=4Q6558tY58E http://www.youtube.com/watch?v=jfpYZ4IGenY http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Janganp... http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007...